Penyerahan Sumbangan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Seluruh Negeri Johor

Penyerahan sumbangan ini diketuai oleh Pengurus Besar Yayasan KPRJ, Puan Sharipah binti Jamaludin kepada Yang Berhormat Dato’ ‘On bin Jabbar@Ja’afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan) untuk diagihkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri Johor.

Yayasan KPRJ meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut kepada Southern Volunteers di Pejabat Sekretariat SUKMA hari ini.

#kprj#ykprj#kprjofficial#kprjprihatin#ykprjprihatin