Penganjuran Edisi Kedua Temasya Sukan Berbasikal Amatur Antarabangsa LÉtape Johor by Tour De France 2023

Kerajaan Negeri Johor menerusi KPRJ Sports Sdn Bhd (anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd) bersama Muse Group Asia sekali lagi telah diberi kepercayaan bagi penganjuran edisi kedua temasya sukan berbasikal amatur antarabangsa LÉtape Johor by Tour De France 2023 yang telah berlangsung pada 8 Julai 2023 di Desaru Coast, Johor.

Digelar “Acara Berbasikal Amatur Terulung di Dunia”, L’Étape oleh Tour de France merupakan satu-satunya siri ‘cyclosportive’ yang memberi para pelumba amatur pengalaman berkayuh seperti dalam perlumbaan Tour De France.

Pada tahun ini, LÉtape Johor menampilkan lima kategori perlumbaan yang terdiri daripada kategori individu lelaki dan wanita THE RACE (140km) dan THE RIDE (60km), serta Berpasukan Lelaki (5 lelaki) dan Berpasukan Wanita (5 wanita). Dalam pada masa yang sama, edisi tahun ini menyaksikan Kategori ELITE diperkenalkan buat kali pertama bagi kumpulan pengayuh amatur yang kompetitif dalam cabaran perlumbaan profesional.

LÉtape Johor by Tour de France 2023 ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran dari para penaja dan agensi-agensi di LÉtape Village Festival, Pertandingan Push Bike Kanak-Kanak dan Konsert Mini.

Pelepasan bagi perlumbaan 140KM (kategori elit) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia Negeri Johor selaku wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.