Uncategorized

Sukma Johor tetap dianjurkan tahun depan

By September 20, 2020 No Comments
Reezal Merican (dua dari kiri) bersama maskot Sukma selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma Johor 2020 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri hari ini.

SUKAN Malaysia (Sukma) Johor 2020 akan tetap dianjurkan pada tahun depan walaupun masih berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, temasya sukan itu tidak akan ditangguh atau dibatalkan kerana tindakan tersebut akan memberi isyarat salah terhadap komuniti sukan.

“Bagaimanapun beberapa perubahan dibuat contohnya menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi hari ini sebulat suara bersetuju supaya pengelolaan para Sukma 2020 dianjurkan terlebih dahulu iaitu pada 8 hingga 13 Mac 2020.

“Ini mengambil kira peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berlangsung pada 1 hingga 19 Mac turut membabitkan seramai 171 atlet yang akan bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma Johor 2020 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini hari ini.

Reezal Merican berkata, tarikh sebenar Sukma Johor 2020 hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi akan datang iaitu pada Disember ini.

“Saya mengambil langkah lebih ‘calculated’ agar tidak terburu-buru membuat keputusan walaupun ada pihak yang lebih ekstrem kata agar tangguh atau batalkan sahaja.

“Bayangkan sekiranya kita batal, kita telah hantar isyarat tidak betul kepada komuniti sukan kerana ia membawa kesan yang cukup berisiko melibatkan penajaan dan latihan,” katanya.

Reezal Merican berkata, jawatankuasa tertinggi itu turut mempertimbangkan soal penggiliran tuan rumah Sukma antara negeri dan Pusat setiap dua tahun.

“Penganjuran Sukma menelan belanja suku bilion, maka Jawatankuasa Tertinggi mencadangkan ia diadakan secara bergilir-gilir, maknanya dua tahun di negeri, dua tahun berikutnya di Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Majlis Sukan Negara.

“Ini sekali gus membolehkan fasiliti sukan yang telah cukup lengkap dapat diguna secara lebih kerap, dengan itu kita tidak memerlukan perbelanjaan modal yang tinggi,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

kprj

About kprj

Leave a Reply