Pemimpin Eksekutif

Dato’ Lukman Abu Bakar

Dato’ Lukman Abu Bakar

Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd (KPRJ) dilahirkan pada 5 April 1967. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan kepujian di Universiti Nottingham Trent University, United Kingdom. Disebabkan oleh minat yang mendalam untuk menimba ilmu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau telah menyumbang kepakaran dan kemahiran beliau dalam bidang pentadbiran dengan berkhidmat dalam kerajaan negeri Johor selama hampir 27 tahun. Kerjaya pertama beliau adalah sebagai Penolong Pendaftar Perhubungan Awam di UTM, Skudai pada tahun 1993. Seterusnya, beliau menyertai Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1995.

Dato’ Lukman telah memegang banyak jawatan penting yang secara langsung menjadikan beliau individu yang memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negeri ini. Perkhidmatan beliau dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor bermula sebagai Penolong Setiausaha (Pentadbiran & Protokol) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selama lebih lima tahun. Kemudian, beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah (Unit Penswastaan) pada tahun 2002 hingga 2004 di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ). Pengalaman beliau di dalam bidang Pentadbiran Negeri Johor amat luas kerana beliau telah berkhidmat di pelbagai jabatan-jabatan penting. Antaranya sebagai Setiausaha Pembangunan Menteri Besar Johor, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Pentadbir Tanah Daerah serta Timbalan Pengarah II (Makro & Penswastaan). Beliau diamanahkan sebagai Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT). Kepakaran beliau dalam mentadbir berjaya meningkatkan jumlah pertumbuhan PDT sebanyak 11.8 kali ganda. Syarikat itu juga berjaya meraih keuntungan sebanyak RM 680 juta berbanding hanya RM 12 juta pada tahun- tahun sebelumnya.

Beliau menyertai KPRJ pada tahun 2021. Dato’ Lukman dikenali sebagai ketua yang ramah namun tegas dengan pendiriannya. Beliau adalah individu yang objektif serta berjiwa besar. Natijahnya, di bawah pimpinan beliau yang berkaliber, KPRJ telah berjaya merangkul Anugerah Gangsa di Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governance And Anti Rasuah (AIGA) 2022. Pandangan serta idea bernas beliau merupakan pemangkin yang efektif dalam merealisasikan misi dan visi KPRJ yang dikemaskini. Kepimpinan beliau amatlah signifikan dalam perubahan positif syarikat ini.