Pemimpin Eksekutif

Khairudin Hasan

Khairudin Hasan

Encik Khairudin Hasan telah dilahirkan pada 15 Jun 1972. Seterusnya, beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Accounting and Finance dari Lancaster University Beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di anak syarikat Johor Corporation pada tahun 1996. Seterusnya, beliau juga merupakan pemegang Certificated Chartered Accountant (ACCA) dan ahli Institut Akaun Malaysia (MIA). Sebelum berkhidmat di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Korporat dan Kewangan di syarikat Tebrau Teguh Berhad. Beliau menyertai Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd pada tahun 2013 dan kini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang akaun telah membantu syarikat ini untuk membuat keputusan yang menguntungkan semua pihak.

Peranan Jabatan kewangan amatlah penting di dalam menentukan arah dan pertumbuhan sesebuah syarikat, oleh itu, kepakaran dan pengalaman beliau telah memberi impak yang positif terhadap KPRJ.