Pemimpin Eksekutif

Zainal Abidin Zakaria

Zainal Abidin Zakaria

Encik Zainal Abidin bin Zakaria telah dilahirkan pada 14 September 1966. Beliau merupakan penuntut Maktab Rendah Sains MARA Terengganu dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti California, Amerika Syarikat.

Karier awal beliau bermula di Johor Land Bhd selama 2 tahun sebagai Jurutera Projek dan kemudiannya, memegang jawatan sama selama hampir 5 tahun di Seri Alam Properties (UM Land Berhad). Beliau turut berkhidmat sebagai Pengurus Operasi & Pengarah Projek di beberapa syarikat lain sebelum menyertai Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd. Pada tahun 2015, beliau menyertai KPRJ Builders Sdn Bhd dan memegang jawatan sebagai Pengarah sehingga tahun 2016 dan beliau kemudian diberikan amanah sebagai Pengarah Eksekutif. Kini, potensi, pengalaman serta keupayaan beliau dalam mengurus perihal projek-projek syarikat menjadikan beliau individu yang berkaliber serta dipercayai untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd. Selain itu, beliau juga memiliki kepakaran yang kukuh dalam melaksanakan projek-projek pembinaan, hal ini menguatkan kepercayaan pelabur untuk menjalankan projek di bawah seliaan beliau. Pada tahun 2019, di bawah pimpinan beliau, KPRJ Builders Sdn Bhd telah berjaya merangkul SME International Business Award bagi anugerah The Fastest Moving Companies. Itu merupakan salah satu pencapaian dan sumbanga beliau yang telah memberikan impak positif bagi pertumbuhan syarikat ini, sejajar dengan misi KPRJ yang mensasarkan pertumbuhan hingga ke peringkat global.