Engineering & Construction
Pendidikan
Sekolah Agama Negeri Johor (SAKJ) Fasa 1 hingga 4
Pada 18 Februari 2015, Kerajaan Negeri telah melantik KPRJ E & C Sdn Bhd untuk mengambil alih projek tersebut sebagai kontraktor penyelamat daripada kontraktor terdahulu yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan.
Dengan sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, KPRJ E & C Sdn Bhd telah berjaya melaksanakan projek tersebut tepat pada masanya dengan majoriti sekolah telah diserahkan lebih awal.
Kesemua 95 sekolah (SAKJ) siap dalam tempoh 20 bulan sahaja sejak menerima secara rasmi Surat Anugerah bagi projek ini pada Oktober 2015. Di antara 95 sekolah (SAKJ), 18 SAKJ telah disiapkan oleh kontraktor terdahulu yang mana kami mengambil alih dan meneruskan kerja-kerja pembetulan sekali sahaja.
KPRJ E & C Sdn Bhd turut mengambil alih 77 bangunan SAKJ yang terbiar dan belum siap; (48 berada pada kemajuan 0-60% dan 29 berada pada kemajuan 61-95%) daripada kontraktor terdahulu yang dibina dengan kualiti paling rendah.


SAKJ Parit Bingan, Batu Pahat


SAKJ Kangkar Merlimau, Batu Pahat


SAKJ Bandar Seri Perani, Kota Tinggi


SAKJ Melayu Raya, Segamat


SAKJ Sinaran Chokoh, Pontian


SAKJ Sarang Buaya, Muar


SAKJ Seri Mendapat, Batu Pahat


SAKJ Taman Anggerik, Johor Bahru


SAKJ Taman Pelangi, Segamat


SAKJ Taman Mutiara Rini, Johor Bahru
Sekolah Agama Negeri Johor (SAKJ) Fasa 5
Disebabkan rekod kejayaan menyiapkan SAKJ Fasa 1 hingga 4, KPRJ E & C Sdn Bhd telah diamanahkan untuk mengusahakan 30 SAKJ bagi Fasa 5. KPRJ E & C Sdn Bhd sekali lagi berjaya menyampaikan dan menyiapkan projek SAKJ fasa 5.

SAKJ Batu 26, Kulai

SAKJ Kong-Kong Laut, Johor Bahru

SAKJ Parit Jamil, Muar

SAKJ Sedenak, Kulai

SAKJ Sri Bugis, Pontian

SAKJ Taman Cahaya Masai, Johor Bahru

SAKJ Taman Pulai Emas, Kulai
SAKJ Bandar Putra 2








Kolej Yayasan Pelajaran Johor
KPRJ E & C Sdn Bhd telah ditugaskan untuk membina dan menyiapkan pembangunan kampus induk KPYPJ yang terletak di Kulai, Johor yang terdiri daripada 7 bangunan akademik, bangunan sampingan termasuk kerja infrastruktur di dalam kampus. Projek ini telah diserahkan kepada pelanggan pada 1 November 2015






Stesen Hibrid Solar di Sekolah Luar Bandar
KPRJ E & C Sdn Bhd merupakan pemacu penting dalam pembinaan dan pemasangan kerja sivil, struktur dan elektrik untuk stesen hibrid solar untuk sekolah luar bandar di Johor.





Teras Perniagaan
Pembinaan Jalan dan Lebuhraya
Teras Perniagaan
Pembangunan Komersial