BENGKEL PENULISAN SENI KHAT SEKOLAH AGAMA ANGKAT KPRJ-HOPE 2021

Yayasan KPRJ dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor telah berkolaborasi dalam menganjurkan Bengkel Penulisan Seni Khat Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2021.Bengkel Penulisan Seni Khat yang diadakan secara maya ini diadakan khusus bagi melahirkan perintis seni khat dalam kalangan guru-guru Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2021.

Ustaz Zamri bin Amid dari Persatuan Seni Khat Johor dipilih sebagai tenaga pengajar bagi bengkel ini. Beliau berpengalaman luas dalam penerbitan seni khat dan telah menerima pelbagai pengiktirafan.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat menambah kemahiran seni kaligrafi dan pengetahuan kesenian Islam kepada guru-guru Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2021.