Noorazam terima surat dilantik Datuk Bandar baharu MBJB

JOHOR BAHRU: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd Noorazam Osman akan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang baharu.

Beliau yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, surat pertukaran ke jawatan baharu itu yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, diterimanya kira-kira jam 3.30 petang semalam.

“Ya saya mengesahkan pertukaran saya dan pelantikan itu. Dalam surat itu, dimaklumkan saya akan mulakan tugas baharu pada Ahad ini.

“Semua ini berlaku di saat akhir, berkaitan angkat sumpah, itu akan dibuat kemudian. Tunggu Ahad, saya masuk pejabat MBJB,” katanya hari ini ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.

Sumber : BH Online