FIESTA RAYA KPRJ 2024

FIESTA RAYA KPRJ 2024

“FIESTA RAYA KPRJ” merupakan tema yang dipilih bagi sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPRJ 2024 yang telah berlangsung di Indoor Arena, Educity Sports Complex , Iskandar Puteri pada 8 Mei 2024.

KPRJ amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ahli Lembaga Pengarah KPRJ bersama isteri, Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif ke majlis ini.

Penyerahan sumbangan bagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KPRJ turut disampaikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani kepada Japan Da’wah Centre, Persatuan Kerencatan Akal Johor, Kelab Media Johor, Program Syahadah di Kemboja dan Persatuan Orang Cacat Johor Bahru.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Fiesta Raya KPRJ 2024!

#kprj #kprjofficial #fiestarayakprj #rayakprj2024