HIKAYAT RAYA KPRJ 2023

“HIKAYAT RAYA KPRJ” merupakan tema yang dipilih bagi sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPRJ 2023 yang telah berlangsung di X Park, Sunway Iskandar, Iskandar Puteri pada 11 Mei 2023.

KPRJ amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ahli Lembaga Pengarah KPRJ ke majlis ini bersama isteri, Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif.

Disamping itu, penyerahan sumbangan bagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat KPRJ dan Yayasan KPRJ juga turut disampaikan oleh beliau kepada Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor, Kelab Media Johor, Wakaf An-Nur Corporation Berhad, Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor dan Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Hikayat Raya KPRJ 2023!