L’Etape Johor 2023 by Tour De France

Rentetan dari kejayaan L’Etape Malaysia by Tour De France 2022, dengan bangganya diumumkan L’Etape Malaysia kini dikenali sebagai L’Etape Johor by Tour De France yang akan diadakan pada 8 Julai 2023 di Desaru, Johor.

Bagi membuka tirai acara ini, Majlis Pelancaran dan Sidang Media L’Etape Johor 2023 by Tour De France telah diadakan pada 10 Mei 2023 di Velodrom Johor, Iskandar Puteri.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor selaku wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) selaku penganjur bersama L’Etape Johor 2023.
 
Digelar “Acara Berbasikal Amatur Terulung di Dunia”, L’Étape Johor merupakan satu-satunya siri ‘cyclosportive’ yang memberi para pelumba amatur pengalaman berkayuh seperti dalam perlumbaan Tour De France.

Terima kasih kepada semua para penaja, rakan strategik dan rakan-rakan media. Jumpa anda semua di Desaru pada 8 Julai 2023 ini!