Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kluang 2024

Sekitar lawatan kerja Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor bersama rombongan ketua-ketua jabatan ke Tapak Projek Pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Kluang di Renggam yang menjadi salah satu lokasi sempena program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kluang 2024.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam. Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ diiringi Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ dan Encik Zakaria bin Md Zain, wakil KPRJ E & C Sdn Bhd.

TMIYC merupakan idea dan visi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk memperkasa pembangunan golongan belia khususnya di Renggam. Pelbagai kemudahan bagi manfaat belia akan disediakan di TMIYC Kluang.​