Program Gotong-Royong dan Taklimat bersama penduduk Rumah Pangsa Taman Desa Rakyat Perdana, Pasir Gudang

KPRJ menerusi anak syarikatnya, Generasi Takzim Sdn Bhd (GTSB) selaku pengurus bangunan Rumah Pangsa Taman Desa Rakyat Perdana, Pasir Gudang telah mengadakan program gotong-royong dan juga taklimat bersama penduduk bagi persediaan Mesyuarat Agong Tahunan Penubuhan Perbadanan Pengurusan tahun 2024 yang bakal menjelang pada bulan Mac nanti.
Program ini adalah dengan kerjasama Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.