Edaran MediaPress Release

Kempen Keselamatan Jalan Raya

By January 9, 2019 November 11th, 2019 No Comments

KPRJ PRIHATIN TENTANG KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA

ISKANDAR PUTERI, 1 SEPTEMBER 2018 –  Kempen Keselamatan Jalan Raya (Road Safety Campaign) yang dianjurkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”) adalah bersempena dengan program Car Free Day oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (“MBIP”).

Seramai 100 kanak-kanak berusia diantara 6 hingga 12 tahun terlibat dalam menjayakan program ini yang bermula dari 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Edible Park, Medini. Kempen ini bertujuan untuk memberikan panduan keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak yang sering menjadi faktor kebimbangan ibu bapa ketika anak-anak mereka berada diluar kawasan rumah atau sekolah.

Antara pengisian program ini adalah sesi taklimat, demonstrasi, aktiviti-aktiviti dan permainan yang melibatkan keselamatan jalan raya oleh Petronas Street Smart (Petrosains) yang dibawa khusus oleh KPRJ untuk mengendalikan program ini.

Turut hadir pada majlis ini adalah Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Pengarah Eksekutif KPRJ Builders Sdn Bhd (“KBSB”).

Kempen ini juga menekankan kepentigan terhadap kepekaan terhadap keadaan jalan raya dan persekitaran disamping memberi pendedahan terhadap langkah-langkah keselamatan di jalan raya. Selain itu, ibu bapa yang turut hadir ke program ini mampu memberikan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan menumpukan perhatian di jalan raya sekaligus, secara tidak langsung manfaat ini akan disebarkan kepada sekolah, pusat memandu, pusat komuniti dan masyarakat sekeliling amnya.

Menurut Tuan Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, “Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh KPRJ ini dilihat sebagai satu medium di peringkat awal bagi memupuk kesedaran terhadap keselamatan kepada kanak-kanak dan pelajar terutama sekali semasa berada di jalan raya”.

Selaku kontraktor utama Kerajaan Negeri Johor, KPRJ berharap agar inisiatif ini akan diteruskan bagi menggalakkan budaya prihatin terhadap keselamatan jalan raya dapat diwujudkan untuk kebaikan semua.

KPRJ Press Release

About KPRJ Press Release

Leave a Reply