60 kakitangan KPRJ bergotong-royong mengecat semula Zoo Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 21 November 2018 – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) hari ini telah menjalankan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR), KPRJ-HOPE yang dinamakan Zooventure di Zoo Negeri Johor. Aktiviti utama program ini adalah mengecat semula kawasan-kawasan di zoo berkenaan.

Seramai 60 kakitangan KPRJ bergotong-royong mengecat semula kawasan Zoo Johor. Program Zooventure ini julung kali diadakan dengan penglibatan sebahagian kakitangan KPRJ yang prihatin terhadap langkah penambahbaik bagi memperindah zoo di negeri ini. Program ini adalah antara aktiviti sosial yang dilakukan KPRJ dalam memainkan peranan melahirkan warga korporat yang lebih prihatin terhadap komuniti dan persekitaran.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Tuan Haji Noorazam bin Dato’ Haji Osman berkata, “Program KPRJ-HOPE, Zooventure ini memberi impak langsung di kawasan KPRJ beroperasi dengan menumpu kepada komuniti tanpa mengira bangsa, agama mahupun kepercayaan”.

Menurut beliau, KPRJ ingin terus menyumbang dalam pembangunan mampan komuniti sekitar kawasan operasi dan ia akan menjadi pendekatan utama KPRJ dalam program yang melibatkan persekitaran dan masyarakat. Ia merupakan suatu wadah bagi menggalakkan pemerkasaan Rakyat Johor. Kami berusaha untuk menjadi sebuah GLC yang mengambil berat untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada masyarakat dan komuniti sekeliling.

kprj

About kprj

Leave a Reply