KPRJ Health Talk : Diabetis dan Hipertensi

Diabetes dan hipertensi merupakan dua penyakit kronik yang sering berlaku di kalangan masyarakat Malaysia. Diabetes yang juga dikenali sebagai kencing manis adalah keadaan di mana tahap gula dalam darah seseorang tinggi. Hipertensi pula merujuk kepada tekanan darah tinggi yang berterusan. Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika tidak dikawal dengan baik.
Menyedari kepentingan ini, KPRJ telah mengadakan satu sesi penerangan kesihatan KPRJ Health Talk dengan topik Diabetis dan Hipertensi bersama pakar, Dr. Najwa binti Mohamad Hamdan dari KPJ Puteri Specialist Hospital.
Semoga dengan pendedahan dan tips yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua warga KPRJ dan seterusnya dapat memupuk gaya hidup yang lebih sihat.