Majlis Pelancaran ‘Mobile Legend Bang Bang Esports Malaysia 2024 : A New Era’

Sekitar Majlis Pelancaran ‘Mobile Legend Bang Bang Esports Malaysia 2024 : A New Era’ dan Pembentangan Pelan Hala Tuju E-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan barisan rakan-rakan strategik di Aurum Theatre, The Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur anjuran Moontoon Games Malaysia.
Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ dan Yang Berbahagia Tuan Haji Ts. Mohd Ekmaluddin bin Dato’ Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor bersama pengurusan tertinggi jabatan.
Kejayaan KPRJ menganjurkan kejohanan e-sukan yang mendapat sambutan menggalakkan selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2022 dan 2023 di negeri Johor menjadi faktor utama kolaborasi KPRJ bersama Moonton Games Malaysia.
Penganjuran The Southern Festival MPL Malaysia S14 Playoffs di Johor nanti akan menjadi salah satu faktor bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Johor sebagai hab sukan di Malaysia.