KPRJ sumbang 7,800 pek makanan dan keperluan kebersihan

KUMPULAN Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) menyumbang 7,800 bungkusan makanan dan kesihatan bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, 4,800 bungkusan disumbang Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad merangkap Pengerusi KPRJ.

Katanya, 4,800 bungkusan itu berupa keperluan makanan dan kebersihan seperti cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut dengan nilai keseluruhan RM150,000.

“Sebanyak 3,300 bungkusan diserah kepada Pejabat Daerah Johor Bahru manakala 1,500 bungkusan lagi diserah kepada Pejabat Daerah Pontian, Khamis lalu.

“Ia untuk diedar kepada kumpulan sasaran yang terjejas agar,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, 3,000 bungkusan makanan akan diedar sepanjang tempoh PKP ini kepada petugas baris hadapan.

“KPRJ turut menyumbang 20,000 botol air mineral kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kami harap bantuan ini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban selain menyokong petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Covid-19,” katanya.

Sumber : HMetro