LARIAN AMAL LAKSAMANA NEON RUN 2022

Larian Amal Laksamana Neon Run 2022 telah diadakan di Dataran Iskandar Puteri pada 6 Ogos 2022. Acara larian sepanjang 5KM ini merupakan acara tahunan anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Penyampaian cek tajaan Larian Amal Laksamana Neon Run 2022 telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim yang merupakan Penaung DiRaja acara ini.

Sumbangan ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat KPRJ kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi membantu pesakit-pesakit kanser.

KPRJ turut tidak melepaskan peluang menghantar seramai 38 orang wakil bagi menyertai acara larian amal ini.