PERMAISURI JOHOR RASMIKAN SEKOLAH AGAMA KEM ISKANDAR

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Sekolah Agama Kem Iskandar di Kem Iskandar, Mersing hari ini (5 Ogos).

Acara berkenaan dianjurkan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-57 21 Grup Gerak Khas (GGK) yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sekolah agama berkenaan telah disiapkan pada tahun 2020 dan boleh menempatkan sehingga 400 murid pada satu-satu masa.

Turut hadir, isteri Menteri Besar Johor, Datin Datuk Onn Hafiz; isteri Setiausaha Kerajaan Johor, Puan Sri Datin Dato’ Azmi Rohani, dan Wakil Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Datin Seri Ramlah Dawi.