Lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Kluang

Sekitar lawatan YB Dato’ Hasni bin Mohammad, wakil rasmi kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor ke Tapak Projek Pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Kluang di Renggam.
Taklimat berkenaan status pembangunan projek telah disampaikan oleh Encik Shaiful Bahari bin Hussain, Pengurus Besar KPRJ E & C Sdn Bhd. Turut hadir ialah Encik Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam.
TMIYC merupakan idea dan visi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk memperkasa pembangunan golongan belia di negeri Johor.
Terdapat enam komponen dalam pembangunan TMIYC bagi Fasa 1 iaitu baikpulih Dewan Serbaguna Renggam, baikpulih gelanggang bola keranjang, menaiktaraf Perigi Raja, menaiktaraf Stadium Mini, menaiktaraf landskap Anak Sungai Sayong dan membina Renggam Port.