YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kontinjen Negeri Johor di Temasya Sukan Malaysia, XX MSN 2022 di Sunway Iskandar, petang tadi.
Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ yang mewakili KPRJ telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000.00. Manakala, Encik Mohd Zafaruddin bin Razali, Pengarah Yayasan KPRJ yang mewakili Yayasan KPRJ menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000.00 bersempena Temasya Sukan Malaysia, XX MSN 2022.