Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Johor Bahru 1444H/2022M

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini diadakan dalam suasana yang penuh bermakna dan meriah melalui acara perarakan yang berlangsung dari Stadium Pasir Gudang ke Masjid An-Nur, Pasir Gudang.

YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Johor Bahru 1444H/2022M.

Seramai 38 wargakerja KPRJ menyertai perarakan ini yang diketuai oleh En. Fahmi bin Sapi.

Hadir sama, En Mohd Khairuddin Bin Hassan, Ketua Sektor Korporat dan En Mohd Farid Bin Hassan, Ketua Sektor Perancang Strategik

.#kprj#kprjofficial#maulidurrasul1444h