MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PROJEK PERUMAHAN RMMJ SETIA INDAH FASA 3B DAN KUNCI RUMAH PROJEK PERUMAHAN RMB PANGSAPURI FLORA DAMAI YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR, DATO’ HAJI HASNI MOHAMMAD DI PUSAT KOMUNITI TAMAN EKOFLORA

OCT 17, 2021

Penerima menunjukkan replika kunci rumah yang mereka perolehi semasa lawatan kerja Menteri Besar ke Daerah Johor Bahru di sini, hari ini. – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

“Saya pernah beberapa kali memohon dan tidak menjangka pada usia ini saya berjaya memiliki rumah sendiri. Saya berharap projek-projek perumahan untuk generasi muda sebegini diperbanyakkan lagi bukan hanya di daerah ini, tetapi juga di tempat-tempat lain,”.

Solehoddin Basuki , 28 tahun
Penerima Kunci Rumah Projek Perumahan RMB Pangsapuri Flora Damai

“Saya gembira kerana ini rumah pertama saya. Terima kasih kerajaan negeri dan saya berharap  supaya projek-projek perumahan untuk generasi muda ini dapat diperluaskan,”.

Azhana Raihan, 24 tahun
Penerima Kunci Rumah Projek Perumahan RMB Pangsapuri Flora Damai

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor dan KPRJ kerana setelah Sembilan tahun, akhirnya impian saya untuk duduk di rumah sendiri tercapai akhirnya. Kepada rakan-rakan lain yang membeli rumah di fasa 2 dan 3A dapat selesai tidak lama lagi,”.

Pravin Nair, 33 tahun
Penerima Kunci Rumah Projek Perumahan RMMJ Setia Indah Fasa 3B

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah lapan tahun menunggu akhirnya saya dapat bawa ibu dan anak-anak saya tinggal di rumah ini. Terima kasih kepada KPRJ dan Kerajaan Negeri kerana telah bertungkus-lumus membantu kami menyiapkan projek ini,”.

Aishah Majid, 33 tahun
Penerima Kunci Rumah Projek Perumahan RMMJ Setia Indah Fasa 3B