Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Kemudahan Sukan Pelayaran di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Desaru

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Kemudahan Sukan Pelayaran di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Desaru telah diadakan pada hari ini melibatkan Majlis Perbandaran Pengerang dan KPRJ E & C Sdn Bhd, anak syarikat KPRJ selaku kontraktor utama.

Pada majlis ini, KPRJ diwakili oleh YBhg. En. Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ bersama YBhg. En. Fizwan bin Dato’ Haji Mohd Rashidi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang.Fasiliti pelayaran ini dilengkapi dengan jeti, pontoon, ramp dan rumah bot dan telah siap sepenuhnya pada Jun 2021.