Penyampaian cek sumbangan KPRJ kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor

Sekitar penyampaian cek sumbangan KPRJ kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di acara Golf Piala Tunku Laksamana Johor 2022 bersempena Majestic Johor Festival anjuran Tourism Johor yang diadakan di Forest City Golf Hotel.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Encik Zainal Abidin Zakaria, Ketua Pegawai Operasi KPRJ kepada YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Sumbangan ini adalah sebahagian dari inisiatif tanggungjawab sosial korporat KPRJ melalui Yayasan KPRJ bagi membantu rawatan pesakit-pesakit kanser.