Majlis Penyerahan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi Sekolah Agama Seri Bugis dan Sekolah Agama Lebai Mohamed Yacob, Pontian

Majlis Penyerahan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi Sekolah Agama Seri Bugis dan Sekolah Agama Lebai Mohamed Yacob, Pontian telah diadakan pada hari ini.

Penyerahan ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor kepada wakil Pejabat Pendidikan Islam Daerah Pontian, Ustaz Sulaiman Bin Aziz.Majlis ini turut disaksikan oleh YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian dan Tuan Haji Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ sempena Sesi Libat Urus YAB Menteri Besar Johor bersama Kepimpinan Daerah Pontian sempena Belanjawan Johor 2022.