Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) kali ke-75

Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) kali ke-75 Bil. 2 telah diadakan di Seri Medini, Iskandar Puteri.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KPRJ. 

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KPRJ, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Dato’ Amir Bin Nasruddin, Penasihat Undang- Undang Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Salehuddin Bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Yang Berhormat Dato’ Ishak Bin Sahari, Ahli Lembaga Pengarah dan Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ bersama pegawai-pegawai tertinggi KPRJ.