Uncategorized

Mohd. Noorazam Osman Datuk Bandar JB baharu

By August 13, 2021September 1st, 2021No Comments

JOHOR BAHRU – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd. Noorazam Osman telah dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu, semalam.

Mohd. Noorazam berkata, pihaknya telah menerima surat pelantikan untuk mengemudi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Betul, saya telah terima surat pertukaran jawatan itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada pukul 3.30 petang semalam.

“Saya jangka mula memasuki pejabat pada Ahad ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Kekosongan jawatan ditinggalkan Noorazam di KPRJ dipercayai akan digantikan Pengarah Urusan PIJ Holdings, Datuk Ramlee A. Rahman.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Datuk Bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar di PBT yang lain.

Sumber : KOSMO ONLINE

kprj

About kprj

Leave a Reply