Penerima Anugerah Perak sempena Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023

KPRJ telah berjaya dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Perak sempena Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023 yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

AIGA dianjurkan bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia kepada Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.

KPRJ akan terus komited untuk memastikan amalan budaya kerja berintergiti di kalangan wargakerja agar segala inisiatif anti rasuah yang dirancang dapat dijayakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.