Malam Apresiasi KPRJ 2023

Malam Apresiasi KPRJ 2023 kembali bagi tahun kedua penganjurannya bertemakan ‘White & Denim’ di Opero Hotel, Johor Bahru pada 6 Mac 2024.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ bagi mengiktiraf dan meraikan kakitangan dan jabatan- jabatan yang melakar prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023.
Majlis turut meraikan beberapa anugerah seperti Anugerah Khidmat Setia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kumpulan & Individu), Kumpulan Kreatif & Inovatif, Pasukan Terbaik (Program) dan Pakaian Terbaik.
Buat julung kalinya juga pada tahun ini, Anugerah Khas iaitu Pemimpin Paling Berwibawa & Pekerja Paling Komited diperkenalkan bagi mengiktiraf kecemerlangan Ketua Jabatan dan para pekerja terpilih.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPRJ 2023. Semoga anugerah ini menjadi motivasi kepada semua untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan terus berdedikasi dalam melaksanakan tugasan.