Program Kesedaran Integriti dan Anti Rasuah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

KPRJ melalui Jabatan Integriti, Govenans, dan Risiko telah mengadakan Program Kesedaran Integriti dan Anti Rasuah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, hari ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Siti Khadijah Binti Alias, Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Turut sama menghadiri program ini, Encik Mustapha Bin Hussein, Ketua Jabatan Integriti, Governans dan Risiko KPRJ dan Encik Ahmad Saufi Bin Ahmad Jawahir, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar UiTM, Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Ceramah bertajuk ‘Guarantee Money – Pengkisahan dari Tirai Besi’ yang disampaikan oleh Encik Md Shahrizal bin Che Dan adalah perkongsian pengalaman sebenar kes salahlaku rasuah ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar dan bakal graduan UiTM tentang pentingnya mempunyai jati diri yang tinggi agar terhindar daripada salahlaku integriti.

Semoga para pelajar mendapat manfaat dan iktibar daripada perkongsian tersebut.