Rangkuman sepanjang Kejohanan Cycling League Series (CLaS) Johor 2023

Rangkuman sepanjang Kejohanan Cycling League Series (CLaS) Johor 2023 yang dibawakan oleh KPRJ Sports Sdn. Bhd. dengan kerjasama BikeBaju dari 10 November 2023 hingga 12 November 2023 di Sunway City, Iskandar Puteri, Johor.

Kejohanan berbasikal CLaS yang pertama kali diadakan di Negeri Johor ini melibatkan pelumba dari dalam dan luar negara yang bertujuan untuk memberikan pengalaman berlumba seperti pelumba profesional dengan menawarkan hadiah berupa Jersi Kemenangan dan Hadiah Wang Tunai berjumlah RM15,400.00.

CLaS mendapat penyertaan global dari 27 pasukan yang terdiri daripada pelumba daripada pelbagai negara termasuk Singapura, Indonesia, China, Switzerland dan Brunei merangkumi keseluruhan 500 pelumba bagi 2 kategori iaitu kategori “CLaS Amateur Series” dan kategori “Fellowship Ride”.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi setiap kategori. Jutaan terima kasih kepada rakan strategik, para penaja, para peserta, krew CLaS dan semua yang menyokong CLaS Johor 2023.