Sesi Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ 2024

Sekitar Sesi Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar bersama Pegawai dan Kakitangan KPRJ di Seri Medini, Iskandar Puteri.

Antara pengisian sesi perjumpaan ini adalah pemakluman pencapaian prestasi kewangan dan Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2023 serta sasaran bagi tahun 2024.

Bagi tahun 2023, KPRJ telah berjaya mencapai prestasi yang memberangsangkan.

Semoga segala perancangan syarikat bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang melalui kerjasama serta permuafakatan semua kakitangan KPRJ.