Mesyuarat Lembaga Pengarah KPRJ kali ke-76

Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) kali ke-76 telah diadakan di Seri Medini, Iskandar Puteri.

Mesyuarat Bil. 1/2024 ini telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KPRJ.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KPRJ, Yang Berhormat Dato’ Amir Bin Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan Yang Berhormat Dato’ Lukman Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ bersama pegawai pengurusan tertinggi KPRJ.