Projek Pembangunan Rumah Kasih Johor (RKJ) di Batu Pahat

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) bersama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) sentiasa berusaha untuk membantu Bangsa Johor yang kurang bernasib baik dan berkelayakan untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Rumah Kasih Johor (RKJ).
Sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, KPRJ akan memastikan pelaksanaan projek tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kualiti yang memuaskan dan mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Lawatan Tapak Pembangunan RKJ telah dilaksanakan bagi memantau serta melihat kemajuan kerja di tapak. Sebanyak 3 lokasi lawatan tapak telah dilawati iaitu 2 di Mukim Peserai dan 1 di Parit Raja, daerah Batu Pahat. Lawatan ini telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bersama Yang Berhormat Datin Paduka Dr. Hajah Suhailizan binti Suliman, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ), wakil Pejabat Daerah Batu Pahat, wakil KPRJ selaku kontraktor utama, wakil ADUN, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kawasan tersebut.