Uncategorized

NOTIS PEMAKLUMAN – FASA 2, 3A & 3B, TAMAN SETIA INDAH

By November 1, 2020No Comments
FASA 2, 3A, Taman Setia Indah
Fasa 2

NOTIS PEMAKLUMAN
Kepada Pembeli/Waris Pembeli Rumah Kos Sederhana Rendah
(Teres Dua Tingkat), FASA 2, 3A & 3B, Taman Setia Indah, yang dihormati.
Ini adalah makluman terkini kemajuan kerja bagi pembangunan projek ini :

FASA 3A DAN FASA 2

Kerja-kerja baikpulih bangunan dan infrastruktur sedang berjalan dan dijangkakan akan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2021. Sejurus selepas kerja-kerja pembinaan tersebut selesai, kami akan memohon untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC), yang mana prosesnya akan mengambil masa di antara 2 hingga 3 bulan. Sehubungan itu, kami menjangkakan milikan kosong unit-unit rumah di Fasa 3A dan Fasa 2 ini akan dijangka dapat diserahkan seawal-awalnya pada bulan Jun 2021.

Untuk makluman tuan/puan, kerja-kerja pembinaan di tapak telah tertangguh dan tergendala mengikut jangkaan jadual asal disebabkan oleh pandemik wabak Covid 19 dan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020. Ini mengakibatkan kerja-kerja di tapak terpaksa dihentikan dan hanya dapat diteruskan sepenuhnya pada awal bulan Ogos 2020. Selain itu, bilangan pekerja di tapak pembinaan juga adalah kurang daripada norma biasa kerana pematuhan SOP di Tapak Pembinaan.

Justeru, kami amat menghargai kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini. Walaupun, negeri Johor sendiri masih lagi berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun pihak kami sentiasa komited di dalam usaha kami untuk memulihkan dan menyiapkan projek ini.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
KPRJ Development Sdn. Bhd. (“KDSB”)
07-2358377
(Ahad hingga Khamis kecuali cuti umum)
atau
Tetuan Ikbal Salam & Associates (“IKSA”)
07-3572440
(Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)

kprj

About kprj

Leave a Reply

14 − one =