Uncategorized

NOTIS PEMAKLUMAN – FASA 2, 3B, TAMAN SETIA INDAH

By November 1, 2020No Comments

NOTIS PEMAKLUMAN
Kepada Pembeli/Waris Pembeli Rumah Kos Sederhana Rendah
(Teres Dua Tingkat), FASA 2, 3A & 3B, Taman Setia Indah, yang dihormati.
Ini adalah makluman terkini kemajuan kerja bagi pembangunan projek ini :

FASA 3B
Kerja-kerja baik pulih bangunan telah siap sepenuhnya. Kini kerja-kerja infrastruktur oleh pihak TNB dan TM sedang giat dijalankan. Kerja-kerja ini dijangkakan dapat disiap sepenuhnya pada bulan Disember 2020. Sejurus selepas kerja-kerja pembinaan infrastuktur tersebut selesai, kami akan memohon untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC), yang mana prosesnya akan mengambil masa di antara 2 hingga 3 bulan. Sehubungan itu, kami menjangkakan milikan kosong unit-unit rumah di Fasa 3B ini akan dapat diserahkan seawal-awalnya pada bulan Mac 2021.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
KPRJ Development Sdn. Bhd. (“KDSB”)
07-2358377
(Ahad hingga Khamis kecuali cuti umum)
atau
Tetuan Ikbal Salam & Associates (“IKSA”)
07-3572440
(Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)

kprj

About kprj

Leave a Reply

16 − eight =